salam.
Petang tadi aku tengah on9 kat facebook. Sekali adik abang ipar aku ajak chat. Aku pun layan jelah. Sembang punya sembang, sekali terkeluar cerita pasal H1N1 dekat Malaysia. Dia kata dah masuk tahap kedua dah penyakit tu. Dia kerja dekat klinik kesihatan, jadi pejabat dialah antara yang bertanggungjawab untuk suntikan vaksin ni. Lepas tu, dia suruh aku merisik khabar pasal kandungan vaksin H1N1. Dia takut kalau-kalau vaksin tu bersumberkan babi sebab nama lain H1N1 ni swine flu ataupun selsema babi.
Fikir punya fikir, aku pun terdetik juga nak tahu. Yalah, kalau betul, macam mana orang Islam nak ambil suntikan tu kalau ada kandungan babi. Jadi aku pergilah menyelidik. Berbekalkan ilmu bagaimana untuk mencari informasi dalam internet yang diperturunkan mahaguru Dr. Saed, aku pun mulalah berlayar dari satu sesawang ke satu sesawang yang lain. (haha! jgn bising ayid n huda! lantak aku la nk baku pun.. :P )
Akhirnya, setelah dua tiga kali aku tersesat ke laman facebook, (daya tarikan kuat sangat..) aku terjumpa juga informasi yang aku nak. Jawapan bagi pertanyaan adik abang ipar aku tadi adalah, YA bagi sesetengah jenama dan tidak bagi sesetengah yang lainnya. ADA kandungan serpihan babi dalam kandungan vaksin H1N1 yang dikeluarkan syarikat farmaseutikal Sanofi Pasteur dan MedImmune. Trace amount atau jumlah surih babi dalam vaksin ini digunakan sebagai stabilizer (penstabil) dalam bentuk gelatin.
Jadi, timbul tanda tanya besar dalam otak aku. Boleh atau tidak bagi umat Islam untuk ambil vaksin ni? Aku pun meneruskan pencarian lagi. Tapi kali ini untuk persoalan baru yang rancak berjoget-joget dalam minda aku. Dan akhirnya(lagi sekali..) aku terjumpa juga dengan jawapannya.
Seminar anjuran Islamic Organization for Medical Sciences pada tahun 1995 di Kuwait yang dihadiri Allahyarham Syeikh Dr Muhammad Sayed Tantawi (pada masa itu mufti Mesir), Dr Youssef Al Qardawi dan ramai lagi mufti-mufti serta wakil agama Islam dari seluruh dunia telah memutuskan bahawa, "Gelatin yang dibuat daripada hasil pengubahan tulang, kulit dan tendon binatang yang dari hukum syaraknya najis adalah suci, dan ianya dibenarkan oleh syarak untuk dimakan."
Rasional bagi keputusan ini adalah gelatin yang terhasil daripada proses saintifik yang menyebabkan perubahan bentuk dan keadaan asal sumbernya iaitu daripada tulang, kulit dan tendon babi kepada satu objek yang lain iaitu gelatin. Justeru, gelatin yang dibuat daripada bahagian badan babi adalah suci dan boleh dimakan.
Fuhh.. Lega aku. Takut jugak sebab sebelum ni banyak je ubat yang aku dah makan dan aku tak pernah tahu kandungannya. huhu.. Aku harap sedikit sebanyak korang dapatlah manfaat daripada artikel/KARANGAN aku nih. Sekian.
salam...
rujukan :
http://www.immunize.org/concerns/porcine.pdf
http://www.vaccinesafety.edu/components-Allergens.htm

1 comments:
hehehe...xsangke name ak ade... :p
"dari satu sesawang ke satu sesawang"
klakar la bunyinye...hehe..
klau jd tajuk pbl nie, confem terer ko explain...
btw, thnks 4 the research n info... ^^
Post a Comment