salam.
aku tertarik dengan kes Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis peronda semalam/kelmarin. aku berminat bukan sebab fakta kes tersebut. tapi disebabkan reaksi masyarakat terhadap kes terbabit.
umum tahu bahawa arwah meninggal dunia akibat ditembak. tapi yang menjadi antara isu berbangkit adalah mengapa sampai arwah ditembak sedangkan dia baru berusia 15 tahun dan tidak bersenjata ketika ditembak?
laporan kejadian pula ada dua versi.
1. polis yang terlibat melaporkan mangsa dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan dan telah memecut kenderaannya apabila disuruh berhenti. setelah terbabas, mangsa cuba mengundurkan kenderaan secara tiba-tiba sehingga dikatakan ingin melanggar anggota polis terbabit. sebagai langkah mempertahankan diri, anggota polis terbabit telah melepaskan tembakan ke arah kereta mangsa sehingga terkena kepala mangsa dari arah belakang yang mengakibatkan kematiannya. seorang rakan mangsa yang turut berada dalam kenderaan tersebut berjaya melarikan diri.
2. rakan arwah turut membuat laporan polis. dalam laporannya, "rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju. Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas. Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah." (malaysiakini)
ada percanggahan dalam laporan yang kita terima. tapi disebabkan cerita nombor 2 lebih mantap dan menarik didengar, ramai antara kita yang menjadikan laporan terbabit sebagai laporan sebenar dan mengatakan cerita nombor 1 sebagai diada-adakan. tidak kurang juga yang tiba-tiba berubah profesion menjadi pakar forensik sehingga mampu menggubah cerita dan konklusi sendiri.
namun, apa yang ingin aku tekankan di sini adalah mengenai kutukan dan kejian yang orang ramai lemparkan kepada institusi kepolisian secara keseluruhannya berikutan kejadian ini. banyak yang tidak berpuas hati dan menubuhkan kelab itu dan ini untuk mengutuk pihak polis. seperti biasa bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
pendapat saya,
dalam kes ini, harus kita faham bahawa kejadian terbabit adalah kejadian terpencil. orang yang terlibat juga hanyalah dua orang remaja dan beberapa orang anggota polis. (kenyataan aku ini bukanlah untuk menidakkan keseriusan kes ini tetapi untuk menerangkan fakta kes.) justeru, mengapakah seluruh angkatan kepolisian negara harus dipersalahkan?
aku berikan satu konotasi. jika seorang doktor mahupun sekumpulan doktor tersalah bedah seorang pesakit lalu menyebabkan kematian pesakit tersebut, adakah seluruh lembaga perubatan negara akan dipersalahkan? sudah tentu tidak kerana kesalahan terbabit merupakan kesalahan individu dan bukannya kesalahan semua yang terlibat dengan persatuan terbabit. jadi mengapakah apabila adik Aminulrasyid mati ditembak, SELURUH institusi kepolisian dihambur dengan segala macam cacian dan kata-kata kesat? tidak adil bukan?
yang pasti, sekarang ini kes sedang disiasat dan kertas siasatan telahpun dibuka. tidak guna kita terpekik terlolong di sini sana menjaja cerita itu dan ini. tunggu sehingga siasatan selesai dan sesudah itu barulah kita tahu siapa salah dan siapa teraniaya. buat anggota polis yang lain, teruskan usaha menjaga keamanan negara serta menegakkan keadilan. buat keluarga mangsa, takziah dan simpati aku hulurkan.

0 comments:
Post a Comment