Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v






tadi jalan balik dari kelas. tetibe ade plak orang arab yang bingai2 skit nih melakukan sedikit provokasi kat aku.. ikot ati nak je aku angkat jari tengah tunjuk kat diorang.. haha! ye ah.. da diorang asik sebot2 jek.. kite bagi la bahasa isyaratnye plak.. barula komunikasi dua hala. hakhak..
tapi disebabkan aku ni seorang yang boleh bertahan dengan gangguan psikologi tersebut, aku pon buat bodo je laa..

dah nak dekat sampai rumah aku lintas satu kedai yang dalamnya diorang jadikan pusat belajar seni mempertahankan diri. seni pertahanan diri ape aku tak tau tapi rasa-rasanya sama ada tae kwon do ataupun karate.. takpun tinju.. sebab tulis kat dalam kedai tuh 'chinese club' dan ada punching bag dalam tuh.. tak tau laa.. tok guru dia 'setailo mailo' gak.. bjanggut bjambang.. huhu.. aku jalan lagi sampai depan pintu rumah..

lepas tu aku terfikir.. kebanyakan seni mempertahankan diri yang ada dalam dunia ni banyak dipraktikkan dan bersusur galur dari negara-negara yang komposisi penduduknya mempunyai susuk tubuh yang agak kecil.. contohnya, China, Korea, Jepun, Thailand, Burma dan termasuklah Malaysia serta Indonesia. Kenapa ek?

negara-negara yang berpenduduk saiz besar gedabak seperti Amerika Syarikat, negara-negara Arab dan negara-negara Eropah aku lihat kurang dari aspek kepunyaan seni mempertahankan diri sendiri. yang ada pun cuma tinju, tinju dan tinju.. oh tlupa, dan juga gaduh ala-ala koboi habis peluru.. main mluru je terkam dan pukul sampai pengsan.. huhu..

maka kita dapat melihat satu corak perbezaan di sini. orang-orang yang bertubuh besar kurang menggunakan otak dan lebih menggunakan tenaga manakala orang yang bertubuh kecil lebih menggunakan otak dan lebih kurang menggunakan tenaga..

hakikat ini menjadi keperluan terutamanya untuk mempertahankan diri dari serangan orang-orang bertubuh besar.. silat umpamanya, mempunyai bermacam-macam buah pukulan, tepisan, elakan dan juga kuncian. ini membuktikan adanya proses pemikiran yang mendalam untuk mereka cipta pergerakan-pergerakan tersebut hasil latihan yang intensif dan pemerhatian dari pergerakan dalam pertempuran.



selain itu, asas anatomi manusia juga menjadi antara ilmu yang diperturunkan dalam seni mempertahankan diri.. fisiologi anggota tubuh manusia turut dipelajari oleh penuntut seni mempertahankan diri untuk dimanipulasi dan ilmu ini memberi kelebihan kepada mereka dalam satu-satu pertempuran. pengetahuan dalam fungsi sendi tubuh badan manusia telah diaplikasikan sepenuhnya oleh pengamal seni mempertahankan diri seperti silat dan jujitsu yang menggunakan konsep kuncian sendi.

selain itu, titik-titik pusat pada badan yang mempunyai banyak reseptor juga dijadikan tumpuan serangan untuk meletakkan lawan dalam keadaan 'shock' apabila terlalu banyak isyarat kesakitan yang dihantar oleh reseptor terbabit kepada otak. hasilnya, lawan akan tumbang kesakitan dan terus blackout!



namun malangnya hari ini ilmu-ilmu sebegini diperturunkan kepada bangsa berbadan besar ini. dan lebih malang lagi apabila ada antara mereka yang menyalahgunakan ilmu terbabit untuk membelasah insan-insan berbadan kecil seperti kita.

takpe2.. kita lawan jugak! kita lebih kecil jadi kita lebih tangkas dari diorang.. plus kita senang nk mnyelit2.. selamat beramal~..
haha..

mengarot jek aku nih..

0 comments:

Post a Comment

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!