Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

huhu.. actually aku pon tak tau ape maksud imtihan tuh sbnarnye.. dulu2 zaman spm
ade gak dengar bdak2 AIC (ASiS Islamic Council) sekolah aku bace doa duk sbut2 imtihan.. aku main amin jek.. tapi bile dah bermastautin di negara yang ber'lingua franca'kan bahasa arab nih, baru aku paham apa maksud imtihan tu.. Ujian/peperiksaan rupa-rupanya... hehe.. dah ah, aku taknak kupas panjang lebar dari sudut bahasa pasal imtihan nih.. motif utama aku tulis post ni adalah untuk menceritakan pengalaman/perasaan/pandangan aku terhadap imtihan pertama yang aku hadapi kat sini.. (bahasa baku sikit.. hee..)

Bermula hari ni, 28 Januari 2010, aku dah mula menduduki peperiksaan akhir semester 1 Program Perubatan Mansoura-Manchester. Peperiksaan aku bermula dengan kertas Multiple Choice Question (MCQ) sebanyak 60 soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 60 minit. Secara pengiraan mudahnya, aku ada 1 minit untuk 1 soalan. Tapi kalau nak diikutkan proporsi soalan mengikut tahap kesusahan, keabsahan (validity) pengiraan mudah ini tidak boleh diikut kerana ada soalan yang boleh dijawab sejurus habis membaca soalan dan pilihan jawapannya serta ada pula soalan yang memerlukan sedikit pemikiran mendalam untuk dijawab. Namun, itu semua tidak penting kerana bagi aku, yang penting siap. (hehe..)


Kisah hari ini bermula seawal jam 11.45 malam semalam. Sebab aku dah terbiasa tidur pukul 6~7 malam (lepas isyak..) dan bangun tengah malamnya. (zaki pnye pasal la nih!) Jadi, dari tengah malam sampai ke subuh aku tak tidur. Belajar la sikit-sikit. (konon2nye laa..) Lepas tu bersiap-siap dan pergi gama'ah (universiti). Ditemani kabus pagi dan bauan sampah tepian jalan, aku melangkah penuh semangat bersama teman serumah, Amir. Naik teksi sampai ke pintu Kuliah Tib. Jumpa dengan Huda. Kemudian masuk ke dewan peperiksaan.

Ada semacam aura yang aku dapat rasakan pagi tu. Aura apabila minda separa sedar mula diaktifkan. Aura gementar. Aura pemfokusan. Aura ketakutan. Serta pelbagai aura yang mula terpancar dari minda dan jiwa rakan-rakan seperjuangan. Kertas soalan diedarkan lalu peperiksaan pun bermula. Sejurus terbuka kertas soalan di depan mata, aku pantas menjawab kerana aku tahu masa tidak membenarkan aku untuk terleka. Soalan yang awal-awal boleh dikatakan tidak susah namun sebaik menyelak soalan yang terkebelakang, aku tersenyum sendiri. Bukan kerana gembira tetapi kerana sangat susah. (pandangan peribadi aku..) Walau bagaimanapun, nak tak nak terpaksa jugalah mencari jawapan disebalik seliratan soalan dan kekalutan memori. (huhu.. (u_u)..) Ada juga soalan yang belum pernah aku jumpa dan banyak pula soalan yang aku tak pasti jawapannya. Ketiadaan jam turut membuatkan aku tertekan kerana tertanya-tanya berapa lama lagi masa yang aku ada. Tapi syukur alhamdulillah, aku sempat menghitamkan kertas jawapan dengan lengkap. (janji jawab..) Masa tamat lalu kertas pun dikutip.

Pulang ke rumah, aku terus mencari katil. Sangat mengantuk sehingga banyak sekali air mata yang mengalir. Kemudian ada seorang syeikh sebelah katil aku berkata, "rilek ah wan, jangan nangis.. Allah berfirman, Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat ujian?". Senyum simpul aku dengan gurauan/teguran itu kerana aku bukan menangis. Aku cuma menguap dan sudah norma fisiologi manusia untuk kelenjar lacrimal merembeskan air mata tatkala menguap. Namun dalam senyum itu, aku sedar akan fungsi ingat mengingati dalam kehidupan sesama insan. Meski dalam bergurau, aku terkesan juga dengan pernyataannya. Terima kasih syeikh.

Tamat peperiksaan MCQ tadi, baru aku sedar di mana tahap aku sekarang. Masih jauh lagi perjalanan aku untuk mencapai jayyid jiddan apatah lagi mumtaz! (huhu..) Namun semangatku takkan pernah luntur. InsyaAllah, aku akan tabahkan hati dan mantapkan lagi pengisian ilmu ke dalam benak fikiran ini. Satu kertas sudah aku duduki. Tinggal tiga kertas lagi selepas ini untuk aku harungi sebelum tibanya cuti musim sejuk. Sudah panjang rasanya aku berceloteh. Cukuplah sampai di sini dulu. Kenang daku dalam doamu!
Sejahtera ke atas kamu..


2 comments:

wah.name aku pun terselit.HAHA.
terima kaseh promot.hee~

btol2.saya pon hnya mampu trsnyum lebar tatkala mnjawab soalan mcq..

sebab tak tau nak jawab*-*

haha~!!
tau takpe..
seb bek dye siap bagi jawapan dah..
kalo tak..
mati nak mnjawab..
huhu..

Post a Comment

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!