Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

hadoiyai..
kat mesir pon gereja kne serang jugak..
haihh.. ape nak jadi la orang skang nih..

KAHERAH 7 Jan. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan senjata automatik ke arah penganut Kristian Qibti yang baru selesai menghadiri upacara sembahyang di gereja di sebuah pekan di selatan Mesir malam tadi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, serangan sejurus sebelum tengah malam tadi, menjelang Krismas yang disambut oleh masyarakat Qibti hari ini, dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kejadian seorang budak perempuan Islam dirogol oleh seorang lelaki Kristian di pekan sama pada November lalu.

Serangan yang turut menyebabkan tiga orang cedera parah itu berlaku di pekan Nag Hamadi, wilayah Qena, kira-kira 64 kilometer dari runtuhan purba terkenal, Luxor.

Biskop Kirollos daripada gereja St. John di Nag Hamadi berkata, enam anggota gereja itu dan seorang pengawal keselamatan terbunuh.

Beliau telah melahirkan rasa bimbang mengenai keganasan menjelang Krismas disebabkan ugutan yang diterima sebelum ini berikutan kejadian budak perempuan berusia 12 tahun itu dirogol pada November lepas.

Malah Kirollos menerima mesej ugutan di telefon mudah alihnya yang berbunyi: "Sekarang giliran kamu."

Beliau mendakwa penduduk Islam di Nag Hamadi dan kampung berhampiran merusuh selama lima hari pada November lalu dengan membakar dan merosakkan harta benda penduduk Kristian di kawasan berkenaan selepas insiden rogol itu.

"Sejak beberapa hari lalu, saya memang sudah menjangka sesuatu berlaku pada hari Krismas dan polis telah meminta saya tidak keluar rumah kerana khuatir akan berlaku lagi keganasan," katanya.

Qena adalah antara kawasan paling miskin dan konservatif di Mesir.

Penganut Kristian yang kebanyakannya Qibti berjumlah kira-kira 6-8 juta atau kira-kira 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Pergaduhan antara penduduk Islam dan Kristian bukanlah perkara luar biasa di selatan Mesir dan telah mula merebak ke ibu negara sejak beberapa tahun kebelakangan. - AP


(sumber berita, utusan online.)

0 comments:

Post a Comment

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!