Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

بسمالله
huhu..
da macam debat ala parlimen la plak..
hahaha!! =D test power skit.. heee..


kembali kepada hujah pertama saya yg berhormat. maafkan saya namun telah berlaku sedikit kesalahfahaman di kerusi pembangkang dari aspek konteks isi utama yg ingin saya utarakan di sini. apa yang cuba saya ketengahkan adalah satu konsep atau idea umum yang ingin saya ajak kita renungkan bersama. berdirinya saya adalah atas satu dasar kukuh bahawa setiap insan perlukan ruang untuk dirinya sendiri.

"sbab manusia perlu ruang utk diri sendiri.. tpulang dkat individu tu la die nak buat ape dgn ruangan die tp sbg manusia, kita tak boleh nak sentiasa ada dalam ruangan orang lain.. sebab kite memang dicipta untuk hidup untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.."
lontaran idea yang cuba dilakukan di sini adalah mengenai betapa perlunya setiap insan itu diberi ruang dan bukannya mengatakan saya, yakni perdana menteri selaku ketua kerajaan, mengatakan bahawa yang berhormat telah menceroboh ruangan hidup saya. untuk pengetahuan yang berhormat, tidak pernah terlintas pun soal itu di benak fikiran saya. apa yang cuba saya sampaikan adalah satu idea umum yang terguna pakai bagi setiap individu.

konteksnya mudah. setiap insan perlu ruang untuk dirinya sendiri. tidak kiralah sekecil manapun nisbah antara ruangan untuk orang lain berbanding ruangan untuk diri sendiri, namun ruang ini harus wujud untuk memastikan kelestarian peribadi seseorang individu tersebut. signifikan bagi kewujudan ruangan untuk diri sendiri adalah dalam ruangan inilah individu terbabit mampu untuk melakukan introspeksi diri dan memikirkan buruk baik bagi setiap tindakan yang telah dilakukannya.

kembali kepada isu kita di sini. ingin saya pohon sejuta kemaafan seandainya yang berhormat terkilan dengan apa yang saya hujahkan sebelum ini di sini. sungguh, tiada niat dalam diri saya untuk menuduh yang berhormat sedemikian rupa. justeru, harapan saya tiadalah lain melainkan untuk menjernihkan kembali hubungan dua hala antara kita.


penghujahan kedua yang berhormat saya dapati tidak perlu untuk diperdebatkan kerana tiada isi untuk saya hujahkan di sini.


sama juga untuk penghujahan ketiga dan keempat yang berhormat. terima kasih kerana bersetuju dengan penghujahan dari pihak kerajaan. hal ini menunjukkan wujud bibit-bibit persamaan antara kedua pihak. justeru diharap pihak yang berhormat selaku peroksi pembangkang dan pihak kerajaan dapat bekerjasama dengan lebih erat pada masa depan dan melupakan segala persengketaan politik yang wujud selama ini.

mohon terus mencadang.


(ngahahahahaha!! sori sebab banyak mengarut.. jangan marah.. ngee~..)

0 comments:

Post a Comment

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!