Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

abang aku kawen..
tapi tokleh balik..
huhu..
tokleh nak mnyibuk..
sedih~... (u_u)

“Rafi! Turun! Kamu jatuh karang menyusahkan orang je!”. Waktu itu, aku masih anak-anak. Bermain melompat sini sana. Dan telah menjadi kegemaranku untuk memanjat segala objek yang tinggi. Namun, dia acapkali memarahi aku setiap kali aku melakukannya. Bukan setakat pokok, hatta bumbung rumahpun seringkali aku panjat. Entah mengapa, aku merasa sangat tenang apabila berada di tempat tinggi. Menjadi satu kepuasan yang tak tergambarkan tatkala aku berjaya sampai ke puncak sesuatu benda. Tapi, turut menjadi lumrah buatku untuk jatuh dan setiap kali aku terjatuh, dialah yang menjadi doktor merawatku walaupun kerjayanya sebagai guru. Meski mulutnya membebel memarahi aku. Namun jelas terpancar riak risau dari wajahnya. Aku sayang padanya. Tetapi kata-kata itu tak pernah aku ungkapkan.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun. Aku mulai menginjak remaja. Duduk di sekolah berasrama membuatkan aku berjauhan dengan rumah. Di sini aku mula mengenal kawan. Dan di sini juga, aku mula berkenalan dengan aktiviti luar yang bagiku menyeronokkan. Semua benda telah kucuba. Rokok? Shisha? Fly? Semua itu sudah menjadi kebiasaan bagiku. Ketiadaan mata garang ayah untuk memerhatikanku menyebabkan aku merasa bebas untuk melakukan apa sahaja. Namun, meski aku tak lagi di rumah, dia sering datang melawatku setiap hujung minggu. Kadang-kandang bersama ikan keli masak cili padi yang menjadi kegemaranku sejak kecil. Dan dia sentiasa tahu bagaimana untuk membuatkan hatiku senang. Aku sayang padanya. Tetapi kata-kata itu tak pernah aku ucapkan.

Berkat usaha dan doa, aku mencapai keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. Hidup sebagai seorang graduan amatlah berbeza berbanding kehidupan berasrama. Aku menerima kejutan budaya dek kebebasan yang amat sangat. Aku mula berkenalan dengan wanita dan berjinak-jinak dengan alam percintaan. Di sebalik keghairahan untuk menikmati segala kedewasaan yang aku miliki, dia masih menganggap dan melayaniku ibarat anak kecilnya. Aku muak dengan kasih sayangnya yang berlebihan itu. Meskipun aku anak tunggal, namun kurasakan tidak patut aku dimanjakan sebegitu rupa kerana aku sudah dewasa! Sudah bukan masanya lagi untuk dia cuba mengawal dan mengongkong setiap gerak-geriku. Namun, walaupun aku kurang senang dengan keadaan itu, aku sayang padanya. Tetapi kata-kata itu tak pernah aku lafazkan.

Kini, aku telah berkeluarga. Punyai isteri dan kerjaya namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Dan dia sudah perlahan-lahan beransur tua. Wajahnya yang dulu bersih kini telah berkedut dimamah usia. Ayah telah pergi meninggalkan kami dan dia kini tinggal bersamaku. Walaupun sudah tua, namun dia masih mampu ke pasar dan melakukan kerja-kerja rumah. Aku dan isteri masing-masing punya kerjaya. Lantaran itu, dia terpaksa tinggal sendirian di rumah. Bertemankan pokok-pokok di halaman serta orang gaji jiran sebelah. Aku seringkali sedar pandangannya yang menagih kasih sayang setiap kali aku pulang dari tempat kerja. Namun kesibukan diri menyebabkan aku tidak mengendahkan pandangan sayunya itu. Mencari kesenangan lebih penting bagiku. Sifat ego kian menebal dan semakin susah untuk aku berkasihan belas terhadapnya. Namun, jauh dalam sudut hatiku aku sayang padanya. Tetapi kata-kata itu tak pernah aku tuturkan.

Sedikit demi sedikit, kudrat yang dikurnia Illahi kepadanya semakin hilang. Dia sudah semakin lemah dan selalu sakit. Tambah menyulitkan apabila dia diserang angin ahmar dan tidak mampu menggerakkan separuh badannya. Aku dan isteri sudah tidak sanggup lagi bergilir-gilir mengambil cuti semata-mata untuk menjaganya. Lantas, satu jalan keluar telah kutentukan. Dia akan kuhantar ke rumah orang-orang tua. Mungkin di sana dia akan lebih terjaga. Aku juga berjanji untuk melawatnya setiap kali punya kelapangan. Meskipun hatiku berat untuk melakukannya, namun menurut logik akalku, inilah keputusan terbaik yang mampu aku ambil.

Bulan pertama dan kedua, hampir setiap hujung minggu aku melawatnya. Masuk bulan ketiga, inflasi mulai menyerang ekonomi negara dan aku dipaksa berusaha keras untuk memastikan kelestarian keluarga dan segala aset yang sekian lama aku kumpul. Sejak itu, aku jarang mengunjunginya. Meski telefonku seringkali berdering dek panggilan pegawai rumah orang-orang tua tersebut yang ingin menyampaikan pesan rindunya, aku tetap sukar mencari waktu untuk melawatnya di situ.

Sehinggalah satu hari apabila aku menerima bonus dari majikanku serta diberikan cuti seminggu olehnya kerana melihatkan prestasi kerjaku yang cemerlang. Aku lantas pergi ke rumah orang-orang tua terbabit dan membawanya pulang untuk meluangkan sedikit waktu bersamanya. Riak gembiranya jelas terpancar sewaktu bersamaku. Walaupun senyuman manis sudah tenggelam dalam kedutan yang memenuhi wajahnya, namun ekspresi matanya mampu menceritakan segalanya. Aku cuma berlagak biasa dan agak kurang berperasaan tatkala itu. Orang dewasa harus sentiasa tenang dan tidak teruja dalam apa jua keadaan sekalipun. Itu pandangan peribadiku. Walaupun dalam hatiku sangat sayang kepadanya, tetapi rasa itu tak boleh diluahkan kerana aku telah dewasa! Aku hanyut dalam keegoan diri sendiri. Malam itu dia meminta aku supaya tidur di sisinya. Entah mengapa aku tidak mampu menolak dan aku tertidur dengan lena sekali di sampingnya. Ibarat bayi yang nyenyak tidur dalam pelukan ibunya.

Keesokan paginya, aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Dia kulihat masih terlena dengan wajah penuh tenang dan damai. Selesai solat, aku ingin menggerakkannya dari tidur dan bersarapan bersama. Namun panggilan namanya dan goncangan yang aku lakukan terhadap ibu jari kakinya tidak juga membangunkannya. Aku cuba menggerak-gerakkan bahunya dengan lebih kuat. Namun masih tiada respons. Hatiku cemas. Air mata mula bergenang. Meski aku sedar akan hakikat yang sedang berlaku, aku terus-terusan meyakinkan hati aku bahawa ini bukannya satu realiti. Air mata kian deras mengalir. Hancur hatiku ibarat pantai dilanggar badai. Namun, aku sedar putaran waktu takkan mampu berbalik. Aku hanya mampu menangis sekuat tenaga. Tatkala tangan yang pernah menepuk-nepuk punggungku untuk mendodoikanku semasa waktu kecil kini layu terkulai. Lemah tak lagi berdaya.

Ibu! Aku sayang padamu!

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

huhu.. actually aku pon tak tau ape maksud imtihan tuh sbnarnye.. dulu2 zaman spm
ade gak dengar bdak2 AIC (ASiS Islamic Council) sekolah aku bace doa duk sbut2 imtihan.. aku main amin jek.. tapi bile dah bermastautin di negara yang ber'lingua franca'kan bahasa arab nih, baru aku paham apa maksud imtihan tu.. Ujian/peperiksaan rupa-rupanya... hehe.. dah ah, aku taknak kupas panjang lebar dari sudut bahasa pasal imtihan nih.. motif utama aku tulis post ni adalah untuk menceritakan pengalaman/perasaan/pandangan aku terhadap imtihan pertama yang aku hadapi kat sini.. (bahasa baku sikit.. hee..)

Bermula hari ni, 28 Januari 2010, aku dah mula menduduki peperiksaan akhir semester 1 Program Perubatan Mansoura-Manchester. Peperiksaan aku bermula dengan kertas Multiple Choice Question (MCQ) sebanyak 60 soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 60 minit. Secara pengiraan mudahnya, aku ada 1 minit untuk 1 soalan. Tapi kalau nak diikutkan proporsi soalan mengikut tahap kesusahan, keabsahan (validity) pengiraan mudah ini tidak boleh diikut kerana ada soalan yang boleh dijawab sejurus habis membaca soalan dan pilihan jawapannya serta ada pula soalan yang memerlukan sedikit pemikiran mendalam untuk dijawab. Namun, itu semua tidak penting kerana bagi aku, yang penting siap. (hehe..)


Kisah hari ini bermula seawal jam 11.45 malam semalam. Sebab aku dah terbiasa tidur pukul 6~7 malam (lepas isyak..) dan bangun tengah malamnya. (zaki pnye pasal la nih!) Jadi, dari tengah malam sampai ke subuh aku tak tidur. Belajar la sikit-sikit. (konon2nye laa..) Lepas tu bersiap-siap dan pergi gama'ah (universiti). Ditemani kabus pagi dan bauan sampah tepian jalan, aku melangkah penuh semangat bersama teman serumah, Amir. Naik teksi sampai ke pintu Kuliah Tib. Jumpa dengan Huda. Kemudian masuk ke dewan peperiksaan.

Ada semacam aura yang aku dapat rasakan pagi tu. Aura apabila minda separa sedar mula diaktifkan. Aura gementar. Aura pemfokusan. Aura ketakutan. Serta pelbagai aura yang mula terpancar dari minda dan jiwa rakan-rakan seperjuangan. Kertas soalan diedarkan lalu peperiksaan pun bermula. Sejurus terbuka kertas soalan di depan mata, aku pantas menjawab kerana aku tahu masa tidak membenarkan aku untuk terleka. Soalan yang awal-awal boleh dikatakan tidak susah namun sebaik menyelak soalan yang terkebelakang, aku tersenyum sendiri. Bukan kerana gembira tetapi kerana sangat susah. (pandangan peribadi aku..) Walau bagaimanapun, nak tak nak terpaksa jugalah mencari jawapan disebalik seliratan soalan dan kekalutan memori. (huhu.. (u_u)..) Ada juga soalan yang belum pernah aku jumpa dan banyak pula soalan yang aku tak pasti jawapannya. Ketiadaan jam turut membuatkan aku tertekan kerana tertanya-tanya berapa lama lagi masa yang aku ada. Tapi syukur alhamdulillah, aku sempat menghitamkan kertas jawapan dengan lengkap. (janji jawab..) Masa tamat lalu kertas pun dikutip.

Pulang ke rumah, aku terus mencari katil. Sangat mengantuk sehingga banyak sekali air mata yang mengalir. Kemudian ada seorang syeikh sebelah katil aku berkata, "rilek ah wan, jangan nangis.. Allah berfirman, Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat ujian?". Senyum simpul aku dengan gurauan/teguran itu kerana aku bukan menangis. Aku cuma menguap dan sudah norma fisiologi manusia untuk kelenjar lacrimal merembeskan air mata tatkala menguap. Namun dalam senyum itu, aku sedar akan fungsi ingat mengingati dalam kehidupan sesama insan. Meski dalam bergurau, aku terkesan juga dengan pernyataannya. Terima kasih syeikh.

Tamat peperiksaan MCQ tadi, baru aku sedar di mana tahap aku sekarang. Masih jauh lagi perjalanan aku untuk mencapai jayyid jiddan apatah lagi mumtaz! (huhu..) Namun semangatku takkan pernah luntur. InsyaAllah, aku akan tabahkan hati dan mantapkan lagi pengisian ilmu ke dalam benak fikiran ini. Satu kertas sudah aku duduki. Tinggal tiga kertas lagi selepas ini untuk aku harungi sebelum tibanya cuti musim sejuk. Sudah panjang rasanya aku berceloteh. Cukuplah sampai di sini dulu. Kenang daku dalam doamu!
Sejahtera ke atas kamu..


huhu.. Tadi gi sikkah.. Bli comforter bulu2 utk musim sjok ni..
Harga 270 genih.. (bole tahan laa..) N btw musim makin sjok.. Sjuk gile2 ah skang ni.. Eventho xbrape gne sgt pon comforter ni coz gne slimut pn da ok da sbnarnye, tp da mak suh bli so bli je laa..

N td ade jmpe sorang arab nih.. Cam bengong2 jek rupe dye.. Tp bleh speaking woo! Tkejut gak aku.. Hoho.. Dye tny dri mane.. N bile kitorang jwb malaysia, trus dye kate dr. Mahathir! He's a very good man.. N dye tny kitorang knape mahathir resign.. Haha.. Lawak je bile pk2 blik.. Org dlm negara sume kutuk2 maki2 dye, tp org islam 1 dunia angkat dye sbg antara pmimpin trhebat alaf ni.. Huhu..

aritu ade gak skali naik teksi sorang pakcik nih.. bleh speaking gak.. n cakap mahathir bagus gak.. dye siap kutuk2 lagi presiden dye.. huhu.. ntah la.. dunia2..

Tun Dr. Mahathir Mohamad

smalam aku mimpi best gile..

mimpi jadi orang jahat..
then berbalas tembakan ngan sape ntah aku pon tak kenal.. lokasi: tempat letak kete(bertingkat n indoor..) katne ntah.

aku bertiga time tuh.. (ngan sape aku tak kenal jugak.. plik2..)
memule nampak mcm aku da menang, orang tu da jatuh kne tembak. tapi bile member aku gi dekat, dye bgn n trus tembak member aku.. aku pon tembak la dye balik tapi pluru plak da habis.. pistol je bsar tapi pluru takde.. aku pon nyorok blakang dinding.. tapi orang tu tembak2 lagi.. aku pon lari.. dye kejar n tembak2 agi.. pluru dye banyak lak.. sial tol..

pastu aku lari dasat gile.. takot pnye pasal, sampai aku terer buat parkour tros.. huhu.. lari main lompat2 je.. aksi last tuh yg power.. aku slide masuk celah pintu besi kedai yang salu boleh tarik atas bawah tuh.. tapi last2 dye tetibe kuar dari ade 1 pintu tepi aku.. then, dye tembak aku.. sakit!! n aku tjaga..

huhuhu.. tgk2 da pukul 1.09pm.. bapak ah!! 1st time aku tido tak sedar sampai kol 1!! salu aku sedar jgak pkul 8/9/10 pg uh.. ini tak sedar lgsung.. huhu.. bahaye2..

sudah2!! aku mau blaja!!

(tak basuh kaki nye pasal ah nih.. haiyyoo~..)

hadoiyai..
kat mesir pon gereja kne serang jugak..
haihh.. ape nak jadi la orang skang nih..

KAHERAH 7 Jan. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan senjata automatik ke arah penganut Kristian Qibti yang baru selesai menghadiri upacara sembahyang di gereja di sebuah pekan di selatan Mesir malam tadi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, serangan sejurus sebelum tengah malam tadi, menjelang Krismas yang disambut oleh masyarakat Qibti hari ini, dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kejadian seorang budak perempuan Islam dirogol oleh seorang lelaki Kristian di pekan sama pada November lalu.

Serangan yang turut menyebabkan tiga orang cedera parah itu berlaku di pekan Nag Hamadi, wilayah Qena, kira-kira 64 kilometer dari runtuhan purba terkenal, Luxor.

Biskop Kirollos daripada gereja St. John di Nag Hamadi berkata, enam anggota gereja itu dan seorang pengawal keselamatan terbunuh.

Beliau telah melahirkan rasa bimbang mengenai keganasan menjelang Krismas disebabkan ugutan yang diterima sebelum ini berikutan kejadian budak perempuan berusia 12 tahun itu dirogol pada November lepas.

Malah Kirollos menerima mesej ugutan di telefon mudah alihnya yang berbunyi: "Sekarang giliran kamu."

Beliau mendakwa penduduk Islam di Nag Hamadi dan kampung berhampiran merusuh selama lima hari pada November lalu dengan membakar dan merosakkan harta benda penduduk Kristian di kawasan berkenaan selepas insiden rogol itu.

"Sejak beberapa hari lalu, saya memang sudah menjangka sesuatu berlaku pada hari Krismas dan polis telah meminta saya tidak keluar rumah kerana khuatir akan berlaku lagi keganasan," katanya.

Qena adalah antara kawasan paling miskin dan konservatif di Mesir.

Penganut Kristian yang kebanyakannya Qibti berjumlah kira-kira 6-8 juta atau kira-kira 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Pergaduhan antara penduduk Islam dan Kristian bukanlah perkara luar biasa di selatan Mesir dan telah mula merebak ke ibu negara sejak beberapa tahun kebelakangan. - AP


(sumber berita, utusan online.)

huiyyoo~!!
tkejot aku bace paper arinih.
gereja kat area kl kne serang..
kne baling ngan molotov cocktail. satu hangus n satu lagi tak sempat nak hangus.. n ade lagi satu terima ugutan.. huiyyoo~ lagi skali..


huhu.. gile ah. dah maju da industri samseng kat malaysia..
pasal ape aku kate industri samseng, aha~ yang itu yang kite nak tau tuh..
sbab orang yg buat nih tak bleh nak dilabel pjuang mujahid or bjihad.. dalam islam mane bleh serang rumah ibadat.. eventho dalam situasi perang sekalipun!!
so agama tak bleh nak dijadikan alasan dalam kes nih..


n kalo nak dilabelkan pengganas pon tak bleh gak coz alah stakat gune molotov cocktail je pon.. anak jiran seblah umah aku pon bole buat molotov cocktail nih.. punye ramai orang2 Jemaah Islamiyah kat malaysia, takkan tokleh kot nak uat bom.. da alang2 nak serang kan.. bom je la kasik ancor.. so sah2 orang yg buat ni tak bleh dicop pengganas..


btol la hadi awang cakap.. orang yg buat ni ialah orang yang tak kenal dengan agama dia sendiri.. juz akibat provokasi je, da nak bakar2 rumah ibadat orang.. haiyoo.. nak kate dye pjuangkan agama? kan rasulullah da bagi garis panduan kalo nak bperang jangan serang rumah ibadat, jangan bunuh orang tua, jangan bunuh wanita, jangan bunuh kanak2, jangan rosakkan tumbuh2an n ape lg ntah da tak ingat.. (syllabus agama spm.. huhu..) itu kalo nak bperang.. skang ni juz isu yang boleh stil kite control.. asal nak ambik tindakan sampai macam tu skali.. memang tak patut!!


huhu.. tapi mane tau plak kan sebnarnye orang gereja tu yg bakar gereja dia.. nak provoke bagi 13 mei ulang balik ke.. aiyyoo.. lagi la cam sial kalo camtuh.. huhu.. ntah laa.. sume tu mungkin.. tapi tak semestinya betul.. juz sorting out all the available possibilities.. haihh.. tak fikir mase depan btol la orang yg buat tuh.. dye tak pikir ke nanti ape kesan kalo jadi perang macam kat ambon dlu tu kat mlaysia.. tak ke susah sume orang.. ekonomi pon merudum.. nyawa banyak melayang.. haihh.. ape2 pon, skang ni bagi orang kristian da ade parut dalam persepsi dorang terhadap orang islam n orang MELAYU..


come on la malaysian.. tolong la bersatu.. kerajaan boleh la kot kalo nak bayar balik ganti rugi kat gereja tuh.. coz maybe bole nak jernihkan balik situasi skang nih.. selagi takde korban dalam episod penggunaan kalimah Allah ni, insyaAllah takde pape.. but once ade korban, habis laa.. the cycle of killing will most likely to occur.. islam bunuh kristian n kristian bunuh islam.. jadi macam selatan thailand..


nauzubillah min dzalik.. doa la reramai bagi isu ni selesai.. amin~..

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!