Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

salam.
hari ini, saya ingin menulis tentang banyak perkara. tetapi, perkara utama yang ingin saya ketengahkan di sini adalah mengenai situasi keselamatan di el mansurah ini dari sudut pandang saya. sejak belakangan ini, banyak sekali cerita-cerita yang saya dengar dari mulut rakan-rakan yang menceritakan betapa tidak amannya bumi mansurah ini. ada yang diragut, ada yang dirompak, ada yang diraba, ada yang diperas ugut, dan ada pula yang ditumbuk!

sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikatnya. keselamatan kami telah dikompromi! keselamatan saudara wanita terutamanya. mereka sering menjadi sasaran lelaki di sini sama ada sebagai bahan usikan mahupun sebagai tempat melepaskan kegersangan. selalu saya lihat gadis-gadis malaysia diganggu secara lisan oleh pemuda-pemuda arab di sini tatkala berjalan di kaki-kaki lima. bahkan lebih parah lagi, ada yang diraba!

selain itu, kes-kes ragut, seluk saku, dan pecah rumah juga sudah semakin menjadi-jadi. kejadian-kejadian sebegini membuktikan betapa tidak berguna serta tidak berfungsinya polis yang berlambak di sini. hal ini kerana meskipun begitu banyak anggota polis yang dapat kita lihat di bumi mansurah ini, namun kejadian-kejadian jenayah sebegini tetap tidak berjaya dikawal.

walau bagaimanapun, kes-kes yang telah disebutkan masih boleh dianggap tiga per empat serius. hal ini disebabkan apa yang hilang hanyalah barang kepunyaan (meskipun berharga) dan maruah diri (yang juga sangat berharga) namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku. tetapi kes-kes seperti peras ugut dan serangan fizikal yang turut berlaku seharusnya dipandang serius.
ugutan dengan menggunakan senjata tajam dan ditarik ke dalam kereta yang pernah dihadapi teman seangkatan saya boleh dilabelkan sebagai jenayah berat kerana berpotensi untuk mendatangkan kecederaan fizikal dan mental.

tambahan pula kejadian terbaru yang melibatkan sahabat saya yang telah ditumbuk oleh pemuda arab bermotosikal. adakah masyarakat arab yang sangat jahlun dan bahlul (sesetengahnya) ini menganggap kita ini hanyalah sekadar golongan lemah yang mudah ditindas dan layak dijadikan 'punching bag' mereka? sukar untuk kita ketahui jawapannya namun secara harfiahnya, itulah yang cuba mereka sampaikan melalui segala tindak tanduk mereka.

justeru itu, saya ingin berpesan kepada para sahabat dan diri saya sendiri untuk menjaga diri agar terhindar dari segala kejadian yang tidak diingini ini. sebagai langkah pencegahan, saya telah membeli expandable steel baton @ cota besi sebagai alat pertahanan diri sekiranya saya diancam dengan senjata (nauzubillah min dzalik). setidak-tidaknya saya mampu melawan sekiranya diserang. apa-apapun, sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa selamat dan dilindungi oleh yang Maha Kuasa.


retractable steel baton closed. (abaikan cadar bunga2 tuh..)


retractable steel baton opened. (abaikan cadar bunga2 tuh..)

0 comments:

Post a Comment

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!