haha..
politik dan aku memang tak dapat dipisahkan..
nak buat macam mana, dah aku memang minat..
huhu..
tadi telinga aku terdengar ada mulut-mulut yang berkata dan bercerita bagai nak rak pasal politik malaysia. intipati perbualan banyak berkisar tentang peribadi dan kisah-kisah sensasi pimpinan politik tanah air.
terpulanglah sebab hak individu masing-masing untuk punya persepsi sendiri dan tak salah untuk kita berpendapat serta mengutarakan pendapat. tapi bagi aku, kita tak ada hak untuk membicarakan benda yang kita tidak ketahui. bercakap mengenai seseorang tanpa dasar yang kukuh serta tanpa bukti samalah seperti kita memfitnah orang tersebut. tak perlu rasanya untuk aku untaikan apakah hukum memfitnah di sini sebab aku yakin kalian lebih tahu.
jika kita menuduh seseorang dan dengan tuduhan kita itu kita sertakan bukti, tidak mengapa. hal ini kerana kita menyatakan sebuah fakta dan bukannya sekadar omongan kosong. namun, jika kita hanya berkata-kata mengikut sedap mulut dan sekadar menyampaikan kata-kata orang lain tanpa disertakan bukti, eloklah sekiranya mulut yang dikurniakan oleh-Nya itu kita gunakan untuk perkara-perkara yang lebih banyak manfaatnya.
tidak kiralah di sebelah mana pun kita, jika cara kita berpolitik hanyalah dengan menghentam peribadi pihak lain semata-mata tanpa menyumbang kepada kemajuan negara, lebih baik kita duduk di warung-warung kopi dan bersembang sambil minum kopi dari pagi hingga ke petang.
menjadi kerajaan bukanlah bermakna menjadi ahli politik yang perlu bertikam lidah di dalam dewan rakyat atau dewan negeri semata-mata. menjadi kerajaan merupakan satu amanah, kepercayaan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk mengurus tadbir serta mengawal selia hal ehwal negara sebaik-baiknya. satu tanggungjawab yang amat besar dan para pemimpin ini bakal disoal yang Maha Pencipta di akhirat kelak.
justeru, mengapa ada yang sanggup menggunakan prinsip 'matlamat menghalalkan cara' semata-mata untuk menjadi pemimpin? asalkan boleh mendapat sokongan dan melangkah satu tapak lagi ke hadapan dalam arena politik, semuanya menjadi halal. cukup menyedihkan namun inilah yang sedang berlaku. prinsip ini merupakan satu pelanggaran terhadap adab dan tatasusila sebagai seorang ahli politik dan sebagai seorang islam terutamanya.
balik kepada perbincangan asal, kita sebagai rakyat marhaen tidak seharusnya percaya bulat-bulat dengan segala tuduhan yang dilemparkan sesetengah ahli politik kerana ada antara mereka yang lidahnya bercabang dua! kadang-kadang aku muak dengan janji-janji dan kata-kata kononnya mereka akan mengemukakan bukti setiap kali melemparkan tuduhan terhadap pihak lawan. namun akhirnya, habuk pun 'takdak'.
orang-orang politik ini cukup bijak dalam bidang menjatuhkan kredibiliti musuh politik mereka. segala macam medium dan platform akan digunakan untuk menjalankan misi mereka. oleh itu, kita sebagai golongan yang mempunyai kuasa sebagai pengundi harus pandai dalam menerima input-input yang diberikan oleh kelompok politik ini. elemen penapisan dalam minda kita amatlah penting bagi memastikan yang benar-benar sampai ke fahaman kita hanyalah fakta dan benda yang betul semata-mata.
kesimpulannya, kita harus bijak dalam mengasingkan fakta daripada auta dan sebaliknya. hal ini untuk memastikan kita tidak ditipu hidup-hidup oleh golongan ini. akhir kalam, buat ahli politik, lebih baik kalian duduk semeja berbincang tentang bagaimana untuk memajukan dan memartabatkan negara daripada sibuk bergaduh dan bertengkar. wujudnya pembangkang adalah sebagai pengimbang atau 'counter balance' bagi kerajaan. untuk menegur jika kerajaan tersilap dan bukannya sebagai badut dan tukang karut yang mengarut dan mencarut sehari-harian.
salam.

0 comments:
Post a Comment