Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

waaaaa~!!
Mansoura sejuk balik..
tak suke tak suke~!!
uhuk2.. T.T

haha..
politik dan aku memang tak dapat dipisahkan..
nak buat macam mana, dah aku memang minat..
huhu..

tadi telinga aku terdengar ada mulut-mulut yang berkata dan bercerita bagai nak rak pasal politik malaysia. intipati perbualan banyak berkisar tentang peribadi dan kisah-kisah sensasi pimpinan politik tanah air.

terpulanglah sebab hak individu masing-masing untuk punya persepsi sendiri dan tak salah untuk kita berpendapat serta mengutarakan pendapat. tapi bagi aku, kita tak ada hak untuk membicarakan benda yang kita tidak ketahui. bercakap mengenai seseorang tanpa dasar yang kukuh serta tanpa bukti samalah seperti kita memfitnah orang tersebut. tak perlu rasanya untuk aku untaikan apakah hukum memfitnah di sini sebab aku yakin kalian lebih tahu.

jika kita menuduh seseorang dan dengan tuduhan kita itu kita sertakan bukti, tidak mengapa. hal ini kerana kita menyatakan sebuah fakta dan bukannya sekadar omongan kosong. namun, jika kita hanya berkata-kata mengikut sedap mulut dan sekadar menyampaikan kata-kata orang lain tanpa disertakan bukti, eloklah sekiranya mulut yang dikurniakan oleh-Nya itu kita gunakan untuk perkara-perkara yang lebih banyak manfaatnya.

tidak kiralah di sebelah mana pun kita, jika cara kita berpolitik hanyalah dengan menghentam peribadi pihak lain semata-mata tanpa menyumbang kepada kemajuan negara, lebih baik kita duduk di warung-warung kopi dan bersembang sambil minum kopi dari pagi hingga ke petang.

menjadi kerajaan bukanlah bermakna menjadi ahli politik yang perlu bertikam lidah di dalam dewan rakyat atau dewan negeri semata-mata. menjadi kerajaan merupakan satu amanah, kepercayaan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk mengurus tadbir serta mengawal selia hal ehwal negara sebaik-baiknya. satu tanggungjawab yang amat besar dan para pemimpin ini bakal disoal yang Maha Pencipta di akhirat kelak.

justeru, mengapa ada yang sanggup menggunakan prinsip 'matlamat menghalalkan cara' semata-mata untuk menjadi pemimpin? asalkan boleh mendapat sokongan dan melangkah satu tapak lagi ke hadapan dalam arena politik, semuanya menjadi halal. cukup menyedihkan namun inilah yang sedang berlaku. prinsip ini merupakan satu pelanggaran terhadap adab dan tatasusila sebagai seorang ahli politik dan sebagai seorang islam terutamanya.

balik kepada perbincangan asal, kita sebagai rakyat marhaen tidak seharusnya percaya bulat-bulat dengan segala tuduhan yang dilemparkan sesetengah ahli politik kerana ada antara mereka yang lidahnya bercabang dua! kadang-kadang aku muak dengan janji-janji dan kata-kata kononnya mereka akan mengemukakan bukti setiap kali melemparkan tuduhan terhadap pihak lawan. namun akhirnya, habuk pun 'takdak'.

orang-orang politik ini cukup bijak dalam bidang menjatuhkan kredibiliti musuh politik mereka. segala macam medium dan platform akan digunakan untuk menjalankan misi mereka. oleh itu, kita sebagai golongan yang mempunyai kuasa sebagai pengundi harus pandai dalam menerima input-input yang diberikan oleh kelompok politik ini. elemen penapisan dalam minda kita amatlah penting bagi memastikan yang benar-benar sampai ke fahaman kita hanyalah fakta dan benda yang betul semata-mata.

kesimpulannya, kita harus bijak dalam mengasingkan fakta daripada auta dan sebaliknya. hal ini untuk memastikan kita tidak ditipu hidup-hidup oleh golongan ini. akhir kalam, buat ahli politik, lebih baik kalian duduk semeja berbincang tentang bagaimana untuk memajukan dan memartabatkan negara daripada sibuk bergaduh dan bertengkar. wujudnya pembangkang adalah sebagai pengimbang atau 'counter balance' bagi kerajaan. untuk menegur jika kerajaan tersilap dan bukannya sebagai badut dan tukang karut yang mengarut dan mencarut sehari-harian.

salam.

lawak gile tadi..

tgh ati aku tibe2 tergerak nak bace quran, banyak gile gangguan datang..
orang tu anta mesej kat skype, orang ni anta mesej kat telepon, orang nun anta mesej kat fb, n ade plak member aku nak datang dari alex.. macam2 hal daa..

hadoi.. huhu.. dugaan2..




tak tau nak tulis ape so saje2 nak tunjuk laptop.. haha~! (^-^)v


haha! tajuk nak gempak je.. padahal nak tulis pasal benda lain.. hee.. (n_n)

huhu.. skang ni tgh sakit tekak. nak telan makanan sakit, nak telan air liur pon sakit!
uhuhu~.. T.T
tapi dah makin ok kot.. da makin kurang berbanding sebelum ni.
nak cari gula2 hacks takde plak.. hee.. kalo tak bole gak nak kemam2..

fyi, aku skang ni da kurang daya tumpuan n semangat nak blaja.. huhu.. ntah laa.. tolong sesape sedekahkan skit fokus n semangat korang.. terasa malas gile.. huuu.. (u_u)

alhamdulillah aku dikurniakan daya pemahaman yang agak baik.. masalah aku cume nak menghafal jek.. sebab bidang perubatan ni bukan macam bidang2 lain yang banyak guna kemahiran logikal dan menjangka keputusan semata-mata. ekspektasi teoretikal kadang-kadang tidak boleh digunakan secara menyeluruh dalam bidang yang aku ceburi ni sebab kami berurusan dengan benda hidup. majoriti benda hidup ini pula mempunyai keupayaan untuk berevolusi dan beradaptasi dengan persekitaran. lantas, anggapan dan jangkaan penyelesaian bagi setiap masalah boleh jadi betul dan mungkin juga salah.

sesuatu masalah dalam hal perubatan mempunyai seribu satu punca dan terletak di bahu pengamal perubatan untuk memberikan diagnosis yang tepat dan prognosis bagi setiap permasalahan. justeru, untuk menjadi pengamal perubatan, kami terpaksa menghafal segala macam nama, teori, istilah, mekanisme, dan hubung kait bagi setiap perincian dalam hal-hal perubatan.

punca bagi keperluan ini sangat jelas. masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada golongan berstatus doktor ini untuk merawat segala bentuk penyakit dan bergelumang dengan nyawa mereka. jadi, jika dalam fasa pembelajaran pun kita sudah tidak kompeten, adakah layak bagi kita untuk menanggung segala tanggungjawab dan harapan masyarakat?

tidak dinafikan bahkan wajib dipercayai bahawa hidup dan mati semuanya ketentuan Allah. tetapi jika seseorang itu hanya berserah pada takdir dan tidak cuba untuk keluar dari belenggu penyakit yang dihidapinya, perbuatan ini boleh kita anggap sebagai bunuh diri. maka, di sinilah wujudnya peranan doktor sebagai pembantu bagi menghuraikan masalah kesihatan individu terbabit. bermula dari mengambil sejarah perubatan pesakit sehinggalah memberi rawatan dan preskripsi ubat-ubatan.

jelas betapa besarnya tanggungjawab yang harus kita pikul. justeru, kita wajib belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. apatah lagi mengenangkan pengorbanan ibu bapa yang menaruh harapan kepada kita. bukan sedikit duit yang terpaksa dilabur untuk melihat kita mampu duduk di kerusi dewan kuliah tibb (perubatan) ini. hargailah dan balaslah jasa mereka semaksimum mungkin kerana kita takkan mampu untuk membalas kesemuanya.

akhir sekali, tanamkan dalam diri sikap ingin maju ke hadapan dan keinginan untuk membantu mereka yang perlukan bantuan. apa guna jika kita mempunyai segulung ijazah perubatan jika hasrat untuk membantu orang yang di dalam kesakitan dan keperluan itu tiada? tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. kerjaya sebagai seorang doktor menuntut pengorbanan yang besar. justeru, persiapkanlah diri untuk berkorban dan terkorban. hehe..

jika ingin mencari kesenangan dalam kerjaya perubatan, samalah seperti mencari damai di perdu kaktus. ingin berteduh dek panas gurun tapi tercucuk duri dan dipatuk ular orok-orok.. medic itu susah!

mule2 melalut.. lpas tu jadi sesi muhasabah diri plak.. tapi ending pon mlalut (sampai aku sendiri pon tak paham).. so takpe.. haha!

p/s. sori sebab post ni mengarut n melalut.. hee..
salam..


hohoho..
hebat~!!

smalam ex-mb perak, datuk seri ir nizar jamaluddin datang bagi ceramah dekat hayyu asyir, kaherah.. tajuk ceramah, ISU SEBENAR KEMELUT POLITIK DI PERAK. adoi.. rugi plak tak pergi.. nak jugak dengar ceramah bekas mb negeri aku nih.. huhu.. takpe laa.. dgr cite lbih kurang 1500 orang datang dengar. dan sudah semestinya majoriti yang hadir tu pelajar. bagus jugak dia rajin nak datang jauh-jauh sampai ke mesir ni untuk perjelaskan masalah POLITIK dekat PELAJAR pelbagai jurusan yang ada dekat mesir nih.

aku tak pergi dan tak dengar pun apa yang dia ceramahkan, tapi bila dah berceramah atas platform politik sudah semestinya ucapannya berkisar tentang apa yang berlaku dalam kelambu politik perak. dan berkemungkinan besar dia masih mempertikaikan keputusan mahkamah sebelum ini yang berpihak kepada kerajaan negeri sekarang. entahlah. tapi kalau undang-undang pun dah tak dihormati, macam mana nak jadi pemerintah yang efektif?

nak berpolitik aku tak pandai, tapi kalau dah sampai mintak sembah derhaka dengan sultan apa kejadahnya tu? sultan di atas politik dan sultan berperanan sebagai payung rakyat. kalau sultan pun dah diminta sembah derhaka, macam mana pulak nak bentuk kerajaan negeri yang berada bawah naungan kuasa sultan?

dan terakhir sekali, aku tinggalkan post kali ni dengan video nih. tengok la sendiri.

salam.
hari ini, saya ingin menulis tentang banyak perkara. tetapi, perkara utama yang ingin saya ketengahkan di sini adalah mengenai situasi keselamatan di el mansurah ini dari sudut pandang saya. sejak belakangan ini, banyak sekali cerita-cerita yang saya dengar dari mulut rakan-rakan yang menceritakan betapa tidak amannya bumi mansurah ini. ada yang diragut, ada yang dirompak, ada yang diraba, ada yang diperas ugut, dan ada pula yang ditumbuk!

sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikatnya. keselamatan kami telah dikompromi! keselamatan saudara wanita terutamanya. mereka sering menjadi sasaran lelaki di sini sama ada sebagai bahan usikan mahupun sebagai tempat melepaskan kegersangan. selalu saya lihat gadis-gadis malaysia diganggu secara lisan oleh pemuda-pemuda arab di sini tatkala berjalan di kaki-kaki lima. bahkan lebih parah lagi, ada yang diraba!

selain itu, kes-kes ragut, seluk saku, dan pecah rumah juga sudah semakin menjadi-jadi. kejadian-kejadian sebegini membuktikan betapa tidak berguna serta tidak berfungsinya polis yang berlambak di sini. hal ini kerana meskipun begitu banyak anggota polis yang dapat kita lihat di bumi mansurah ini, namun kejadian-kejadian jenayah sebegini tetap tidak berjaya dikawal.

walau bagaimanapun, kes-kes yang telah disebutkan masih boleh dianggap tiga per empat serius. hal ini disebabkan apa yang hilang hanyalah barang kepunyaan (meskipun berharga) dan maruah diri (yang juga sangat berharga) namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku. tetapi kes-kes seperti peras ugut dan serangan fizikal yang turut berlaku seharusnya dipandang serius.
ugutan dengan menggunakan senjata tajam dan ditarik ke dalam kereta yang pernah dihadapi teman seangkatan saya boleh dilabelkan sebagai jenayah berat kerana berpotensi untuk mendatangkan kecederaan fizikal dan mental.

tambahan pula kejadian terbaru yang melibatkan sahabat saya yang telah ditumbuk oleh pemuda arab bermotosikal. adakah masyarakat arab yang sangat jahlun dan bahlul (sesetengahnya) ini menganggap kita ini hanyalah sekadar golongan lemah yang mudah ditindas dan layak dijadikan 'punching bag' mereka? sukar untuk kita ketahui jawapannya namun secara harfiahnya, itulah yang cuba mereka sampaikan melalui segala tindak tanduk mereka.

justeru itu, saya ingin berpesan kepada para sahabat dan diri saya sendiri untuk menjaga diri agar terhindar dari segala kejadian yang tidak diingini ini. sebagai langkah pencegahan, saya telah membeli expandable steel baton @ cota besi sebagai alat pertahanan diri sekiranya saya diancam dengan senjata (nauzubillah min dzalik). setidak-tidaknya saya mampu melawan sekiranya diserang. apa-apapun, sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa selamat dan dilindungi oleh yang Maha Kuasa.


retractable steel baton closed. (abaikan cadar bunga2 tuh..)


retractable steel baton opened. (abaikan cadar bunga2 tuh..)

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!