Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

smalam aku mimpi best gile..

mimpi jadi orang jahat..
then berbalas tembakan ngan sape ntah aku pon tak kenal.. lokasi: tempat letak kete(bertingkat n indoor..) katne ntah.

aku bertiga time tuh.. (ngan sape aku tak kenal jugak.. plik2..)
memule nampak mcm aku da menang, orang tu da jatuh kne tembak. tapi bile member aku gi dekat, dye bgn n trus tembak member aku.. aku pon tembak la dye balik tapi pluru plak da habis.. pistol je bsar tapi pluru takde.. aku pon nyorok blakang dinding.. tapi orang tu tembak2 lagi.. aku pon lari.. dye kejar n tembak2 agi.. pluru dye banyak lak.. sial tol..

pastu aku lari dasat gile.. takot pnye pasal, sampai aku terer buat parkour tros.. huhu.. lari main lompat2 je.. aksi last tuh yg power.. aku slide masuk celah pintu besi kedai yang salu boleh tarik atas bawah tuh.. tapi last2 dye tetibe kuar dari ade 1 pintu tepi aku.. then, dye tembak aku.. sakit!! n aku tjaga..

huhuhu.. tgk2 da pukul 1.09pm.. bapak ah!! 1st time aku tido tak sedar sampai kol 1!! salu aku sedar jgak pkul 8/9/10 pg uh.. ini tak sedar lgsung.. huhu.. bahaye2..

sudah2!! aku mau blaja!!

(tak basuh kaki nye pasal ah nih.. haiyyoo~..)

hadoiyai..
kat mesir pon gereja kne serang jugak..
haihh.. ape nak jadi la orang skang nih..

KAHERAH 7 Jan. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan senjata automatik ke arah penganut Kristian Qibti yang baru selesai menghadiri upacara sembahyang di gereja di sebuah pekan di selatan Mesir malam tadi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, serangan sejurus sebelum tengah malam tadi, menjelang Krismas yang disambut oleh masyarakat Qibti hari ini, dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kejadian seorang budak perempuan Islam dirogol oleh seorang lelaki Kristian di pekan sama pada November lalu.

Serangan yang turut menyebabkan tiga orang cedera parah itu berlaku di pekan Nag Hamadi, wilayah Qena, kira-kira 64 kilometer dari runtuhan purba terkenal, Luxor.

Biskop Kirollos daripada gereja St. John di Nag Hamadi berkata, enam anggota gereja itu dan seorang pengawal keselamatan terbunuh.

Beliau telah melahirkan rasa bimbang mengenai keganasan menjelang Krismas disebabkan ugutan yang diterima sebelum ini berikutan kejadian budak perempuan berusia 12 tahun itu dirogol pada November lepas.

Malah Kirollos menerima mesej ugutan di telefon mudah alihnya yang berbunyi: "Sekarang giliran kamu."

Beliau mendakwa penduduk Islam di Nag Hamadi dan kampung berhampiran merusuh selama lima hari pada November lalu dengan membakar dan merosakkan harta benda penduduk Kristian di kawasan berkenaan selepas insiden rogol itu.

"Sejak beberapa hari lalu, saya memang sudah menjangka sesuatu berlaku pada hari Krismas dan polis telah meminta saya tidak keluar rumah kerana khuatir akan berlaku lagi keganasan," katanya.

Qena adalah antara kawasan paling miskin dan konservatif di Mesir.

Penganut Kristian yang kebanyakannya Qibti berjumlah kira-kira 6-8 juta atau kira-kira 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Pergaduhan antara penduduk Islam dan Kristian bukanlah perkara luar biasa di selatan Mesir dan telah mula merebak ke ibu negara sejak beberapa tahun kebelakangan. - AP


(sumber berita, utusan online.)

huiyyoo~!!
tkejot aku bace paper arinih.
gereja kat area kl kne serang..
kne baling ngan molotov cocktail. satu hangus n satu lagi tak sempat nak hangus.. n ade lagi satu terima ugutan.. huiyyoo~ lagi skali..


huhu.. gile ah. dah maju da industri samseng kat malaysia..
pasal ape aku kate industri samseng, aha~ yang itu yang kite nak tau tuh..
sbab orang yg buat nih tak bleh nak dilabel pjuang mujahid or bjihad.. dalam islam mane bleh serang rumah ibadat.. eventho dalam situasi perang sekalipun!!
so agama tak bleh nak dijadikan alasan dalam kes nih..


n kalo nak dilabelkan pengganas pon tak bleh gak coz alah stakat gune molotov cocktail je pon.. anak jiran seblah umah aku pon bole buat molotov cocktail nih.. punye ramai orang2 Jemaah Islamiyah kat malaysia, takkan tokleh kot nak uat bom.. da alang2 nak serang kan.. bom je la kasik ancor.. so sah2 orang yg buat ni tak bleh dicop pengganas..


btol la hadi awang cakap.. orang yg buat ni ialah orang yang tak kenal dengan agama dia sendiri.. juz akibat provokasi je, da nak bakar2 rumah ibadat orang.. haiyoo.. nak kate dye pjuangkan agama? kan rasulullah da bagi garis panduan kalo nak bperang jangan serang rumah ibadat, jangan bunuh orang tua, jangan bunuh wanita, jangan bunuh kanak2, jangan rosakkan tumbuh2an n ape lg ntah da tak ingat.. (syllabus agama spm.. huhu..) itu kalo nak bperang.. skang ni juz isu yang boleh stil kite control.. asal nak ambik tindakan sampai macam tu skali.. memang tak patut!!


huhu.. tapi mane tau plak kan sebnarnye orang gereja tu yg bakar gereja dia.. nak provoke bagi 13 mei ulang balik ke.. aiyyoo.. lagi la cam sial kalo camtuh.. huhu.. ntah laa.. sume tu mungkin.. tapi tak semestinya betul.. juz sorting out all the available possibilities.. haihh.. tak fikir mase depan btol la orang yg buat tuh.. dye tak pikir ke nanti ape kesan kalo jadi perang macam kat ambon dlu tu kat mlaysia.. tak ke susah sume orang.. ekonomi pon merudum.. nyawa banyak melayang.. haihh.. ape2 pon, skang ni bagi orang kristian da ade parut dalam persepsi dorang terhadap orang islam n orang MELAYU..


come on la malaysian.. tolong la bersatu.. kerajaan boleh la kot kalo nak bayar balik ganti rugi kat gereja tuh.. coz maybe bole nak jernihkan balik situasi skang nih.. selagi takde korban dalam episod penggunaan kalimah Allah ni, insyaAllah takde pape.. but once ade korban, habis laa.. the cycle of killing will most likely to occur.. islam bunuh kristian n kristian bunuh islam.. jadi macam selatan thailand..


nauzubillah min dzalik.. doa la reramai bagi isu ni selesai.. amin~..

lagi lbih kurang 20 ari nak exam tok smester nih..
mathematically, i've got each 2 days of the remaining time to cover 1 week worth of lectures n notes..

huhu..

waaaaa!! tatot!!

doakan aku ekk..

بسمالله
huhu..
da macam debat ala parlimen la plak..
hahaha!! =D test power skit.. heee..


kembali kepada hujah pertama saya yg berhormat. maafkan saya namun telah berlaku sedikit kesalahfahaman di kerusi pembangkang dari aspek konteks isi utama yg ingin saya utarakan di sini. apa yang cuba saya ketengahkan adalah satu konsep atau idea umum yang ingin saya ajak kita renungkan bersama. berdirinya saya adalah atas satu dasar kukuh bahawa setiap insan perlukan ruang untuk dirinya sendiri.

"sbab manusia perlu ruang utk diri sendiri.. tpulang dkat individu tu la die nak buat ape dgn ruangan die tp sbg manusia, kita tak boleh nak sentiasa ada dalam ruangan orang lain.. sebab kite memang dicipta untuk hidup untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.."
lontaran idea yang cuba dilakukan di sini adalah mengenai betapa perlunya setiap insan itu diberi ruang dan bukannya mengatakan saya, yakni perdana menteri selaku ketua kerajaan, mengatakan bahawa yang berhormat telah menceroboh ruangan hidup saya. untuk pengetahuan yang berhormat, tidak pernah terlintas pun soal itu di benak fikiran saya. apa yang cuba saya sampaikan adalah satu idea umum yang terguna pakai bagi setiap individu.

konteksnya mudah. setiap insan perlu ruang untuk dirinya sendiri. tidak kiralah sekecil manapun nisbah antara ruangan untuk orang lain berbanding ruangan untuk diri sendiri, namun ruang ini harus wujud untuk memastikan kelestarian peribadi seseorang individu tersebut. signifikan bagi kewujudan ruangan untuk diri sendiri adalah dalam ruangan inilah individu terbabit mampu untuk melakukan introspeksi diri dan memikirkan buruk baik bagi setiap tindakan yang telah dilakukannya.

kembali kepada isu kita di sini. ingin saya pohon sejuta kemaafan seandainya yang berhormat terkilan dengan apa yang saya hujahkan sebelum ini di sini. sungguh, tiada niat dalam diri saya untuk menuduh yang berhormat sedemikian rupa. justeru, harapan saya tiadalah lain melainkan untuk menjernihkan kembali hubungan dua hala antara kita.


penghujahan kedua yang berhormat saya dapati tidak perlu untuk diperdebatkan kerana tiada isi untuk saya hujahkan di sini.


sama juga untuk penghujahan ketiga dan keempat yang berhormat. terima kasih kerana bersetuju dengan penghujahan dari pihak kerajaan. hal ini menunjukkan wujud bibit-bibit persamaan antara kedua pihak. justeru diharap pihak yang berhormat selaku peroksi pembangkang dan pihak kerajaan dapat bekerjasama dengan lebih erat pada masa depan dan melupakan segala persengketaan politik yang wujud selama ini.

mohon terus mencadang.


(ngahahahahaha!! sori sebab banyak mengarut.. jangan marah.. ngee~..)

hahaa..
seblom aku mnulis ni aku nak gelak dulu puas2..
pasal ari ni aku terasa rajin plak nak mnulis..
n bile aku rajin nak mnulis, biasanya aku tulis panjaaaang2~..
huhu..

okeh, enuff having fun.. kembali kepada persoalan pokok yg tertulis di atas..
'pernah kot'? mesti ade yg tertanya2 (ade orang ke yg mlawat blog aku ni pon?? haha.. lantak laa..) ape yg pernah kot nye?? hehe.. padan muke korang sbab tak paham.. bnda ni mmg aku tulis specially utk sorg je paham.. n harap2 die bace la post nih.. coz aku terasa dgn apa yg dia tulis.. kalo bukan aku yang dia tuju then takpe la.. anggapla ini satu lagi coretan kosong dari minda yang tak berapa hebat aku ni..

ok, 1stly merujuk kepada kemelut utama yang dia hadapi sekarang. bndanya takde ape pon.. juz jarang berhubung je.. bagi aku la kan, tu adalah satu bnda yg normal dalam satu2 perhubungan. tak kire la hubungan sesama kawan ke sesama kekasih ke.. sbab manusia perlu ruang utk diri sendiri.. tpulang dkat individu tu la die nak buat ape dgn ruangan die tp sbg manusia, kita tak boleh nak sentiasa ada dalam ruangan orang lain.. sebab kite memang dicipta untuk hidup untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.. tapi maksud aku kat sini takde la sampai kita sekadar pentingkan diri sendiri or even worse tak bkawan.. berkawan itu lumrah tapi ada ruang lingkupnya sendiri.. so respect la ruangan masing2 n belajar untuk terima bahawa kita tak boleh sentiasa expect seseorang tu utk sentiasa ada untuk entertain kita..

2ndly, pasal menjarakkan diri tu. hehe.. "sebab yg tak matang".. ok, i accept dat.. sekali pandang mmg difikirkan tak matang. tapi kalo kita teliti dari sudut harfiahnya, tahu untuk berundur apabila sedar akan stimulus2 yang menggalakkan pengunduran, adalah satu tindakan yang sangat matang. (bagi aku laa..) i mean, what do u expect when u see a boy n a girl got extremely close in term of relationship? who knows this might be a spark to some bigger n more serious relationship.. huhu.. eventhough u r her best friend or watsoever, being there sumtimes just isn't right.. sape dalam dunia ni yg suke dicop pengacau?? so backing off n making some distance is da best thing i cud possibly think of in that situation.. tapi ntah la.. no one's prfect n perhaps my decision was wrong back then.. takpela, let bygone be bygone.. i have no problem being d old good friend of urs back.. huuu.. (n_n)

3rdly, pasal dah ade kawan baru. haha!! lucu2.. mane ade laa.. kalo ade kawan baru pon takde la sampai kawan lame kite tinggal.. aku baik je ngan sume.. n yg aku tlebih baik tu sume kawan 1 tutor ngan aku.. geng2 itu.. haha.. sume kat sini kawan2 kan.. kne la tgk2 an each other since we're no longer in our birth country.. kalo kite tak jage sesame kite, sape yg nak jage?? nak suh mahmoud jaga?? cheh.. umah kne rompak pon dye uat bodo dye jek.. haihh.. off topic plak.. huhu..

4thly, nasihat utk dia. alah, biase la tu mulut orang.. bkan bole tutup.. kalo kite stapler pon nanti lame2 tbukak jgak.. pdulik ape orang nak cakap ape pon.. action speaks louder than words.. so tunjukkanla u r not dat type of person. abih citer.. ksimpulan hanyalah satu ikatan pnamat untuk menghabiskan satu jalinan cerita, so stiap orang bebas untuk buat ksimpulan utk setiap crita.. eventho ksimpulan tu tak btol n kadang2 mnyakitkan, kite tak boleh nak down dgn ksimpulan yang orang lain buat tentang hidup kita. sebab ksimpulan hidup kita hanya kita yang boleh buat kerana hidup ni hidup kita,cerita kita.. ok??

bulatkan tekad n kuatkan semangat.. live life to da fullest!! tc. salam!!
p/s.. i stil owe u 2 treats.. nnt i tunaikan.. hihi.. (^_^)v


Aril – Menatap Matamu


Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti


Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu


Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu


Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun


(Ulang la mane2 yg rase mcm best.. haha!)

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!