Bila Tinta Menari

sebuah blog yang ditulis untuk mengekspresi idea yang terbuku dalam minda penulis.. memproses cetusan-cetusan yang lahir dari pelbagai sumber untuk menghasilkan satu wacana penulisan sebagai metode penulis untuk berkongsi pemikiran dan perspektif dari sudut yang berbeza.. (^,^)v

salam..

disebabkan takde sape pon yang bace blog aku nih so aku bleh tulis pape je la an kat sini..
haha~!! (btw kalo orang bace pon lantak ah an.. dulik hape..)
sebenarnye aku nak tulis macam2 tadi.. tapi godaan maggi tom yam tadi sangat la membuatkan segala deria dan keinginan aku mati.. hehe.. takpe2.. pape pon, aku tetap akan menulis.

sebelum apa-apa, saya ingin nyatakan bahawa ini hanyalah pandangan peribadi saya berdasarkan cerapan dari situasi sekeliling. jika ada tersentuh emosi atau pegangan peribadi mana-mana individu, sejuta kemaafan saya pohon.

tajuk tulisan saya pada kali ini ialah 'aku MELAYU'.

sebelum menjurus kepada isu yang lebih lanjut, ingin saya maklumkan pendirian peribadi saya. terus terang saya katakan bahawa saya lebih cenderung ke arah politik kebangsaan. bukan kerana apa. kecenderungan ini hanya disebabkan saya sayangkan bangsa saya. terus terang juga saya katakan saya kurang yakin dengan kemandirian bangsa saya seandainya hak keistimewaan yang ada pada masa ini dihapuskan. jika berdasarkan sistem merit semata-mata, saya amat yakin bahawa apa yang kita miliki sekarang akan tergadai satu demi satu. alasannya cukup mudah. bangsa saya tidak kompeten dan kurang berdaya saing. asalkan cukup makan dan boleh sara keluarga, sudah cukup baik. tiada langsung perasaan ingin ke hadapan.

meskipun kerajaan suatu ketika dahulu pernah menjalankan dasar pandang ke timur. namun pandangan masyarakat secara umumnya masih gagal dicelikkan. masyarakat kita masih indah diulit mimpi bahawa kitalah tuan di negara ini. persepsi ini memanglah baik (dan betul) namun apa yang dapat kita lihat pada hari ini, masyarakat kita terlampau bersenang-lenang sambil goyang kaki dan melepak di kedai-kedai kopi. apakah akan maju sesebuah bangsa dengan hanya melepak dan bersembang-sembang kosong? apakah akan terbela nasib bangsa dengan hanya tahu mencaci dan mencari kelemahan orang lain tetapi tidak mampu membaiki kelemahan diri sendiri? apakah akan terjamin kelestarian bangsa kita jika kita hanya tahu menyalak dan bertengkar sesama sendiri tanpa keinginan mencari persamaan dan mewujudkan kesatuan?
jawapannya ringkas. sudah tentu tidak!

masyarakat kita masih belum matang dari aspek pemikiran menjauh ke hadapan. kita hanya sekadar memandang apa yang ada di hadapan kita pada masa ini tanpa memikirkan sebarang kemungkinan dan cabaran yang bakal mendatang. bak kata masyarakat alaf ini, "come on lah bro.." kita masih terlalu jauh daripada fasa bersenang-lenang. tambahan pula dengan era globalisasi kini yang menjanjikan dunia tanpa sempadan. kita sebenarnya sudah jauh terkebelakang. jika kita tidak mengejar dan menjuarai posisi teratas, nescaya kita akan kekal dalam prestasi yang buruk dan lebih malang lagi, menjadi pengemis di tanah sendiri.

walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa bukan sedikit bangsa kita yang berjaya dalam pelajaran. lambakan mahasiswa bumiputera yang dilahirkan di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara saban tahun menyaksikan kejayaan kerajaan dalam menghasilkan generasi separa celik. mengapa saya katakan sebagai separa celik? hal ini kerana mereka sudah pandai dengan bidang yang mereka pelajari. tetapi setelah tamat pembelajaran, mereka kurang pandai untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari ke dalam dunia nyata. sudahnya apabila tidak dapat sebarang pekerjaan dan menjadi penganggur, mereka menyalahkan pula pihak kerajaan.

selain itu, kita juga dapat melihat ramai bangsa kita yang mampu untuk tinggal di rumah-rumah besar, miliki kereta besar, dan menjalani taraf hidup yang berkelas tinggi. namun jika kita ingin telusuri secara fakta dan statistik, daripada senarai 10 individu terkaya di malaysia, hanya seorang berbangsa kita. itupun tempat ketujuh. di mana orang kita? siapa sebenarnya tuan tanah air ini? ke mana perginya anak-anak pewaris bangsa? huh, ke mana lagi kalau bukan berpeleseran di tepi-tepi jalan serta kompleks beli-belah. kalau tidakpun, di atas jalan raya merempit menggadai nyawa. selebihnya? ke penjara dan ke pusat serenti. setakat ini, itulah destinasi terhangat bagi anak-anak muda. berhibur sepanjang masa. anak ustaz, anak doktor, anak tukang sapu, sama sahaja. iman dan akhlak tak dapat diwarisi. cukuplah setakat di sini kita bermimpi. apa yang perlu kita lakukan adalah kembali bersatu dan bekerjasama dalam memastikan kelangsungan bangsa kita agar kita tidak ketinggalan.

sebelum berhenti, ingin saya nyatakan bahawa tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan bahawa saya seorang yang ultra-nasionalis. jauh sekali daripada untuk membuktikan saya seorang yang rasis. tetapi apa yang saya nukilkan hanyalah luahan hati yang telah terpendam sekian lama dan kerana tidak sanggup lagi melihat bangsa sendiri dikelas duakan di tanah tumpah darahnya sendiri. salahkah saya untuk mencintai bangsa sendiri? dan salahkah saya untuk membangunkan dan mencelikkan mata bangsa saya yang telah terlalu lama terpejam? jika apa yang saya lakukan ini salah, maka rasanya telah lupus hak kebebasan bersuara dalam dunia ini.

salam.

3 comments:

weh, mana dpt maggie tom yam??? nak!!!

maggi tomyam? zaki bawak..
hehe..
lau nak psan la kat bdak2 yg blom blik sini agi..
(n_n)

hahaha
aku rasa mcm ckgu bm plak
semak krgn ank murid
ko ni rndu nk tlis krgn ke??

Post a Comment

Tentang Aku

My photo
pelajar jurusan perubatan Universiti Mansoura, Mesir. seorang manusia yang suka mengutarakan pendapat dan berkongsi cerita. agak aktif dalam penulisan kreatif suatu ketika dahulu. ingin menjadi seorang yang berjaya pada masa depan. berazam menjadi seorang yang mampu ke depan dan berucap di hadapan khalayak ramai. bercita-cita tinggi dan berharap agar cita-cita tersebut tercapai.. hee..

Labels

Waktu Solat Mansoura (^-^)

Followers

Penafian (Disclaimer)

Segala kandungan dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis. Tiada isu berbangkit kerana blog ini merupakan hak peribadi penulis. Justeru penulis bebas menyatakan pendapat di bawah Artikel 22(a) Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam, dan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 19 Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebarang ketidakpuasan hati sila pendamkan dalam hati kerana kesah plak aku kalo ko tak puas hati! haha!!