
haha! tajuk nak gempak je.. padahal nak tulis pasal benda lain.. hee.. (n_n)
huhu.. skang ni tgh sakit tekak. nak telan makanan sakit, nak telan air liur pon sakit!
uhuhu~.. T.T
tapi dah makin ok kot.. da makin kurang berbanding sebelum ni.
nak cari gula2 hacks takde plak.. hee.. kalo tak bole gak nak kemam2..
fyi, aku skang ni da kurang daya tumpuan n semangat nak blaja.. huhu.. ntah laa.. tolong sesape sedekahkan skit fokus n semangat korang.. terasa malas gile.. huuu.. (u_u)
alhamdulillah aku dikurniakan daya pemahaman yang agak baik.. masalah aku cume nak menghafal jek.. sebab bidang perubatan ni bukan macam bidang2 lain yang banyak guna kemahiran logikal dan menjangka keputusan semata-mata. ekspektasi teoretikal kadang-kadang tidak boleh digunakan secara menyeluruh dalam bidang yang aku ceburi ni sebab kami berurusan dengan benda hidup. majoriti benda hidup ini pula mempunyai keupayaan untuk berevolusi dan beradaptasi dengan persekitaran. lantas, anggapan dan jangkaan penyelesaian bagi setiap masalah boleh jadi betul dan mungkin juga salah.
sesuatu masalah dalam hal perubatan mempunyai seribu satu punca dan terletak di bahu pengamal perubatan untuk memberikan diagnosis yang tepat dan prognosis bagi setiap permasalahan. justeru, untuk menjadi pengamal perubatan, kami terpaksa menghafal segala macam nama, teori, istilah, mekanisme, dan hubung kait bagi setiap perincian dalam hal-hal perubatan.
punca bagi keperluan ini sangat jelas. masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada golongan berstatus doktor ini untuk merawat segala bentuk penyakit dan bergelumang dengan nyawa mereka. jadi, jika dalam fasa pembelajaran pun kita sudah tidak kompeten, adakah layak bagi kita untuk menanggung segala tanggungjawab dan harapan masyarakat?
tidak dinafikan bahkan wajib dipercayai bahawa hidup dan mati semuanya ketentuan Allah. tetapi jika seseorang itu hanya berserah pada takdir dan tidak cuba untuk keluar dari belenggu penyakit yang dihidapinya, perbuatan ini boleh kita anggap sebagai bunuh diri. maka, di sinilah wujudnya peranan doktor sebagai pembantu bagi menghuraikan masalah kesihatan individu terbabit. bermula dari mengambil sejarah perubatan pesakit sehinggalah memberi rawatan dan preskripsi ubat-ubatan.
jelas betapa besarnya tanggungjawab yang harus kita pikul. justeru, kita wajib belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. apatah lagi mengenangkan pengorbanan ibu bapa yang menaruh harapan kepada kita. bukan sedikit duit yang terpaksa dilabur untuk melihat kita mampu duduk di kerusi dewan kuliah tibb (perubatan) ini. hargailah dan balaslah jasa mereka semaksimum mungkin kerana kita takkan mampu untuk membalas kesemuanya.
akhir sekali, tanamkan dalam diri sikap ingin maju ke hadapan dan keinginan untuk membantu mereka yang perlukan bantuan. apa guna jika kita mempunyai segulung ijazah perubatan jika hasrat untuk membantu orang yang di dalam kesakitan dan keperluan itu tiada? tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. kerjaya sebagai seorang doktor menuntut pengorbanan yang besar. justeru, persiapkanlah diri untuk berkorban dan terkorban. hehe..
jika ingin mencari kesenangan dalam kerjaya perubatan, samalah seperti mencari damai di perdu kaktus. ingin berteduh dek panas gurun tapi tercucuk duri dan dipatuk ular orok-orok.. medic itu susah!
mule2 melalut.. lpas tu jadi sesi muhasabah diri plak.. tapi ending pon mlalut (sampai aku sendiri pon tak paham).. so takpe.. haha!
p/s. sori sebab post ni mengarut n melalut.. hee..
salam..